comscore
Tumpuan :
Nasional

Penggubalan RUU Keselamatan Siber wajar; ramai yang sudah menjadi mangsa

Pengerusi Eksekutif LGMS Malaysia, Fong Chook Fook

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber mendapat sokongan daripada pakar-pakar keselamatan siber.

Ia selaras matlamat untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.

Menurut pengerusi eksekutif firma keselamatan siber, LGMS Malaysia, Fong Chook Fook antara fokus yang perlu diberikan perhatian ialah jenayah siber khususnya dalam isu penggodaman data maklumat dan ‘scammers.’

Tambah Chook Fook, hal ini jelas daripada pelbagai laporan yang diterima berhubung ancaman jenayah siber ini.

“Kita perhatikan pada ketika ini, pelbagai lapisan masyarakat mudah terdedah kepada ancaman siber ini.

Daripada peniaga kecil hingga ke peniaga besar malah setiap daripada kita mudah terdedah kepada ancaman siber tanpa disedari,” ujar Chook Fong.

Tambahnya, Akta Jenayah Komputer 1997 yang masih lagi diguna pakai ketika ini amat tidak relevan dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi ketika ini.

Beliau berpendapat penggubalan RUU Keselamatan Siber dapat memastikan keselamatan siber di Malaysia tidak mudah diancam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau memberi amaran keselamatan dan kedaulatan negara juga boleh terancam jika tiada sebarang tindakan agresif dilakukan untuk membendung jenayah siber ini.

“Kerajaan perlu menetapkan tanggungjawab yang jelas kepada penjawat awam yang mengendalikan sistem data peribadi rakyat Malaysia.

Sistem pertahanan siber kerajaan juga perlu ditambahbaik dan dikemaskini dari semasa ke semasa.”ujar Chook Fong ketika ditemubual oleh buletintv3.my.

Tambah Choong Fook lagi, adalah lebih baik jika kerajaan mengarahkan setiap entiti atau syarikat terutamanya swasta untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah siber yang pernah berlaku.

Ia supaya kerajaan dapat melaksanakan inisiatif atau tindakan yang sewajarnya.

Pada masa sama ia diharap dapat membuka mata masyarakat dan menghalang daripada berlakunya lebih banyak lagi kes jenayah siber di Malaysia.

Pakar Keselamatan dan Politik Media & Perang Saraf UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin

Sementara itu, pakar Keselamatan dan Politik Media & Perang Saraf Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin pula mencadangkan supaya hukuman lebih berat dan menyeluruh dikenakan ke atas penjenayah siber.

Dan yang paling penting, RUU itu dapat mensabitkan setiap kesalahan yang dilakukan.

Beliau juga yakin langkah itu mampu menjadikan Malaysia negara keselamatan siber yang baik dan diperakui di rantau ASEAN.

Menurut Dr. Noor Nirwandy selain elemen perundangan, kesedaran masyarakat mengenai ‘celik keselamatan’ siber juga perlu dipupuk.

Loading...
Terkini