Tumpuan :
Nasional

Penggiat industri pengeluar makanan diingat berniaga secara beretika – Armizan

Laporan Buletin TV3 sebelum ini

 

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan semua penggiat industri terbabit khususnya syarikat pengeluar makanan untuk berniaga secara beretika disamping mewujudkan persaingan perniagaan sihat.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, mereka harus mengambil iktibar susulan kes lima syarikat pengeluar makanan ayam yang dikenakan penalti sebanyak RM415 juta kerana melanggar seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (Akta 712) melalui pembentukan kartel penetapan harga ayam, semalam.

Beliau berkata, kes berkaitan lima syarikat terbabit disifatkan sebagai kes terbesar sejak Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ditubuhkan pada tahun 2011.

Katanya, ia membabitkan unsur pakatan harga untuk menaikkan harga makanan ayam yang sekaligus menaikkan harga bekalan haiwan itu di pasaran kerana 72 peratus kos pengeluaran ayam adalah membabitkan kos makanan.

Menurutnya, isu terbabit bukan sekadar isu anti-persaingan dan manipulasi pasaran, namun ia terkait secara langsung dengan kos sara hidup rakyat.

“Penalti sebanyak RM415 juta yang dikenakan melibatkan lima syarikat itu merupakan kes terbesar. Saya mengharapkan ia menjadi peringatan kepada pihak industri supaya menjunjung etika dalm berniaga.

“Bersama-sama kita menegakkan dan mewujudkan persaingan yang sihat. Kita tahu kerajaan sekarang fokus kepada usaha untuk memperbanyakkan tender terbuka namun ini juga merupakan isunya.

“Tender terbuka berhadapan dengan risiko tipuan bida. Maksudnya, apabila syarikat-syarikat ini berpakat masuk dengan harga tertentu jadi mereka boleh mempengaruhi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menandatangani plak perasmian trek larian getah sintetik Padang Pekan Papar, Sabah, hari ini. – Foto NSTP

“Apabila penilaian tender dibuat, kumpulan yang sama senarai itu akan berpeluang untuk mendapat projek yang berkenaan,” katanya selepas merasmikan Trek Larian Getah Sintetik Padang Pekan Papar dan Program Jualan Rahmah, di sini, hari ini.

Semalam lima syarikat pengeluar makanan haiwan ternakan dikenakan penalti bernilai RM415.5 juta selepas didapati bersalah menetap dan menyeragamkan secara bersama harga produk mereka, bagi ayam untuk pasaran tempatan.

Loading...
Terkini