Oleh: Vinsla Santiran
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan penggantian paip yang kini dijalankan secara berperingkat dan berterusan dapat mengatasi isu air tidak berhasil (NRW).
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, dengan langakah ini NRW disasarkan menurun kepada 28.8 peratus menjelang 2030.
“Kehilangan air yang sudah dirawat disebabkan kebocoran, kecurian air dan sebagainya.
“Jadi fokus di bawah AIR 2040 ialah untuk mengantikan paip yang lama di seluruh negara dan diharapkan dengan pendekatan itu kita dapat menurunkan kadar kehilangan air,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Water Loss Asia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Mad Zaidi Mohd. Karli.
Beliau turut menyeru sektor swasta yang berminat untuk turut terlibat bagi menyegerakan penggantian paip di seluruh negara.
“Dan sebab itu saya lihat pendekatan baru, mungkin libatkan paip public (awam) ini boleh menyegerakan dan kalau ada sektor private yang berminat sudah pasti ia dapat menyegerakan pengantian paip dan sebagainya.
“Tapi harus tengok kepada modul perniagaan yang boleh menarik minat mereka (private sector),” katanya.
Fadillah berkata, dengan pelaksanaan ini kerajaan berharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan bekalan air, sejajar dengan matlamat program NRW kebangsaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.