comscore
Tumpuan :
Nasional

Penggabungan 3 bank utama masih dalam proses – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan penggabungan Bank Pembangunan Malaysia Bhd, Exim Bank dan SME Bank masih dalam proses dan tumpuan terhadap perusahaan kecil dan sederhana tidak akan diketepikan.

“Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan walaupun terlalu awal untuk saya berikan komen tetapi syarat PMKS, syarat pinjaman bumiputera, itu tetap dijadikan satu ukuran dan dasar daripada penggabungan ini,” katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai penggabungan tiga bank tersebut.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Anwar mengumumkan institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini