comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengenalan teknologi penghasilan getah kepada pekebun kecil diperhalusi

Oleh: Kumaran RajamoneyBALING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperhalusi kaedah bagi memperkenalkan teknologi penghasilan susu getah kepada pekebun kecil seluruh negara dengan kerjasama strategik bersama syarikat besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata teknologi itu berfungsi untuk mengekalkan getah dalam bentuk susu dan tidak bertukar menjadi sekerap kerana nilainya yang lebih tinggi dan mampan.

“Kita ada teknologi ini dan digunakan secara umumnya oleh syarikat besar. Kerjasama dengan syarikat besar akan dilihat sebagai model perniagaan baru bagi membantu pekebun kecil. Pemilihan teknologi itu juga berbeza mengikuti klon pokok getah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pihaknya juga memandang serius permohonan pekebun getah yang mahu harga skrab dinilai pada harga RM3.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mencuba menoreh pokok getah

“Perkara itu akan dibincangkan dengan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan implikasi kewangan negara. Di peringkat kementerian, kita tetap fokus kepada usaha peralihan daripada pengeluaran getah sekerap kepada susu getah.”

Katanya, kementeriannya turut meneroka peluang menambahkan pendapatan pekebun kecil ini dengan membuat integrasi. Ini termasuk penanaman sayur, cili atau penternakan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau ladang getah, disusuli sembang santai bersama 150 orang pekebun kecil dan penduduk Kampung Charok Gorok, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPK, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.

Loading...
Terkini