KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang cedera parah ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam masih kritikal dan dijangka akan menjalani pembedahan lagi esok.
Perkara itu dimaklum isterinya, Siti Noraida Hassan, 38, yang memberitahu Muhammmad Nur Hadith masih ditidurkan di Hospital Cyberjaya dan keadaannya belum stabil.
“Peluru itu terkena pada usus suami dan darah masih tidak berhenti. Saya dimaklumkan doktor menunggu darah berhenti dan keadaannya stabil sebelum melakukan sekali lagi pembedahan dijangka esok.
“Buat masa ini suami masih dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammmad Nur Hadith atau lebih dikenali sebagai Along ditembak ketika melindungi majikannya, Farah Md Isa atau Farah Cie.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tembakan di KLIA: Pengawal peribadi masih belum sedar
- Kes tembakan di KLIA: Foto suspek diedar ke pintu masuk negara, pihak berkuasa negara jiran
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1: Suspek dipercayai melarikan diri ke utara
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera
- Tembakan di KLIA: Isteri suspek mohon semua pihak rujuk kenyataan rasmi polis
- [VIDEO] Polis Kedah ketatkan kawalan di sempadan susulan insiden tembakan di KLIA
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN