Oleh: Fatin Hanani Sahimi
PETALING JAYA: Pengawal peribadi, Muhammad Nur Hadith Zaini yang cedera selepas terkena tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1, awal pagi Isnin lalu, masih belum sedarkan diri.
Perkara itu dimaklumkan isterinya Siti Noraida Hassan yang memberitahu mangsa masih dibawah pengaruh ubat tidur selepas selesai menjalani pembedahan semalam.
“Suami belum sedar dan masih dibawah pengaruh ubat tidur,” katanya ketika dihubungi BuletinTV3.
Semalam, Muhammad Nur Hadith selesai menjalani pembedahan jam 4.30 petang dan dilaporkan dalam keadaan stabil di Hospital Cyberjaya.
Susulan pembedahan di bahagian usus, mangsa perlu menjalani pemantauan selama lima hingga enam hari.
Dalam pada itu, buah pinggang mangsa juga berkemungkinan perlu dijalankan rawatan dialisis buat sementara waktu dan terdapat sedikit kecederaan pada bahagian limfa mangsa.
Dalam insiden kira-kira jam 1.20 pagi Isnin lalu, suspek didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian.
Bagaimanapun, tembakan itu terkena pengawal peribadi terbabit menyebabkan mangsa cedera di bahagian perut dan perlu menjalani pembedahan usus kecilnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kes tembak di KLIA, pembedahan usus ke atas pengawal peribadi selesai, perlu pemantauan rapi
- Suspek lepaskan tembakan di KLIA dipercayai mahu lari ke Makkah – Polis
- Suspek kes tembak di KLIA mahu 7 peguam bela
- Polis sahkan isu peribadi dengan isteri kekal motif utama suspek kes tembakan KLIA
- ‘Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis’
- Suspek kes tembakan di KLIA ditahan reman 7 hari
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN
- Tembakan di KLIA: Kereta digunakan suspek bukan didaftar atas namanya
- Isteri mangsa tembak di KLIA syukur suspek ditangkap
- Tembakan di KLIA: Suspek ditahan di Kota Bharu
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera