SEPANG: Rakan kepada pengawal peribadi yang parah akibat kejadian tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi berkata, mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ‘Along’ itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Mohd Affan Mohd Aris berkata, individu yang sepatutnya bertugas ialah seorang wanita rakan sekerja Along, namun Along mengambil alih tempatnya apabila wanita itu mengambil cuti Aidilfitri.
Beliau berkata, Along sempat menghantar gambar mula bertugas dalam kumpulan WhatsApp syarikat sekuriti tempat mereka bertugas.
“Ini dia (Along) sempat hantar gambar badge (lencana) kerja pada jam 12.48 tengah malam dengan menulis ‘bertugas mengejut malam ini’,” katanya ketika ditemui di Hospital Cyberjaya di sini, hari ini.
Mohd Affan berkata, Along tidak sempat membalas usikan seorang lagi rakan yang bertanya dalam kumpulan WhatsApp sama ada dia (Along) memerlukan bantuan tambahan kerana bekerja sewaktu musim perayaan.
Sementara itu, rakan sekerja Along, Nurhafiza Azizan, yang sepatutnya bertugas malam itu berkata, beliau mungkin tidak akan dapat mengawal keadaan sebagaimana dilakukan Along sekiranya bertugas semalam. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1: Suspek dipercayai melarikan diri ke utara
- [VIDEO] Tembakan di KLIA 1 cubaan bunuh, seorang cedera
- Tembakan di KLIA: Isteri suspek mohon semua pihak rujuk kenyataan rasmi polis
- [VIDEO] Polis Kedah ketatkan kawalan di sempadan susulan insiden tembakan di KLIA
- Kes tembak di KLIA: Suspek disyaki guna pistol 9mm, dari negara jiran – KPN