comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengawal keselamatan, wanita ditahan bantu siasatan kes beg RM1 juta hilang

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kejadian beg berisi wang tunai RM1 juta yang terjatuh dalam kejadian di Ampang Point, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, individu yang ditahan ialah pengawal keselamatan berusia 38 tahun dan wanita warga tempatan berusia 52 tahun.

“Ujian air kencing ke atas kedua dua tangkapan adalah negatif dan tidak mempuyai sebarang rekod jenayah.

“Kedua-dua individu berkenaan dibenarkan tahanan reman oleh Mahkamah Ampang selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, pihaknya juga mengesahkan menerima laporan dari orang awam yang menemui semula beg yang mengandungi wang tunai berkenaan.

“Pemeriksaan yang dijalankan ke atas beg terbabit adalah disahkan milik syarikat keselamatan dan mengandungi wang tunai sebanyak RM1,071,000,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan beg yang berisi wang tunai berkenaan ditemui orang awan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, beg itu ditemukan di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Katanya, beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini