comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana terlibat kemalangan terima sumbangan PM

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana Mohd Nuramin, yang terlibat dalam nahas jalan raya baru-baru ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut hantaran dalam Facebook Anwar hari ini, sumbangan untuk meringankan beban kos perubatan dan urusan seharian keluarga pengawal keselamatan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya dalam sesi Ziarah MADANI.

“Beliau mengalami kecederaan serius akibat nahas itu dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan. Alhamdulillah, saya dimaklumkan saudara Mohd Nuramin kini beransur pulih.

“Semoga saudara Mohd Nuramin diberikan afiyah dan kesembuhan segera, sekali gus dapat kembali bertugas seperti biasa, insya-Allah,” menurut hantaran itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini