comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengasuh disyaki dera bayi sehingga patah paha ditahan

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato’ Onn di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami patah paha kiri selepas dihantar ke rumah pengasuhnya pada Ahad lalu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan wanita berumur 36 tahun itu kira-kira jam 10.50 pagi pada Isnin.

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga Ahad depan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini