comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengasingan kuasa Peguam Negara, laporan interim dibentang dalam masa terdekat – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. – FOTO: NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membentangkan laporan interim hasil kajian berhubung pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan kekal komited dalam melaksanakan usaha reformasi terhadap fungsi perundangan Malaysia yang telah dimulakan tahun ini.

“Pada tahun 2025, beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan berhubung perkara ini (pengasingan kuasa) akan dilaksana.

“Satu laporan interim hasil kajian akan dibentang kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya ketika sidang media pasca mesyuarat kabinet di sini, hari ini.

Setakat ini, kajian turut membabitkan Australia dan Kanada selain mewujudkan beberapa siri perbincangan meja bulat bersama pakar perundangan dan ahli akademik dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengulas mengenai pelantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baharu.

Jelasnya, pelantikan itu dibuat berdasarkan lunas undang-undang seperti mana yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pelantikan Datuk Dusuki sebagai Peguam Negara adalah di atas pertimbangan beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendakwaan selama 31 tahun dan perkhidmatan perundangan dalam Jabatan Peguam Negara,” ujarnya.

Sebelum ini, wujud beberapa pihak yang mempersoalkan pelantikan tersebut yang disifatkan sebagai berkepentingan terhadap kerajaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini