KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd Datuk Seri Dr Chai Kee Kan di Istana Negara, di sini hari ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam sesi yang berlangsung selama 15 minit itu Chai memohon ampun dan maaf kepada Seri Paduka Baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Sultan Ibrahim bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.
“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).
“Sekali lagi saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat. Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah Seri Paduka Baginda. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kilang edar stoking ada kalimah Allah tutup operasi hari ini
- ‘Kami mohon maaf, tidak pernah sengaja memesan stokin sedemikian’ – pembekal
- [VIDEO] Kilang edar stoking ada kalimah Allah diperiksa polis
- Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis
- [VIDEO] Isu stoking kalimah Allah: Polis akan panggil pengurusan KK Mart, 42 laporan diterima
- 10 NGO gagal hantar memorandum kepada pengurusan kilang pengedar stoking tertera nama Allah
- Kertas siasatan kalimah Allah pada stoking diserah ke AGC
- Stoking Kalimah Allah: Kerajaan Selangor panggil pengurusan KK Super Mart
- [VIDEO] Stoking kalimah Allah: Pengarah KK Mart, pembekal didakwa hari ini
- Isu stoking tertera kalimah Allah: TPM minta semua pihak patuhi titah Agong
- Isu kalimah Allah: Menjunjung titah Agong, tindakan keras terhadap pihak bertanggungjawab – Na’im
- Yang di-Pertuan Agong murka isu kalimah Allah timbul lagi
- Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah, jangan ambil kesempatan