KUALA LUMPUR: Pengasas bersama Jemaah Islamiyah (JI), Abu Bakar Bashir menegaskan tidak terbabit dengan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota polis dan seorang cedera.
Dalam video dihantar anaknya Abdul Rahim Bashir kepada sebuah portal berita hari ini, Abu Bakar memaklumkan terkejut selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, selain mengutuk serangan terbabit yang disifatkan bertentangan prinsip Islam.
“Saya mengecam keras perbuatan anak muda membunuh dua orang polis di Malaysia. Membunuh itu bukan ajaran Islam.
“Dalam Islam, apabila keadaan seperti ini, membela Islam cukup dengan dakwah dan doa, bukan dengan membunuh atau mengebom,” kata Abu Bakar seperti dipetik menerusi video berkenaan.
Suspek berusia 21 tahun itu turut ditembak mati di tempat kejadian.
“Saya sama sekali tidak terkait dengan peristiwa semacam itu dan saya tidak ada hubungan apa-apa (dengannya). Barang siapa yang menuduh saya, menghubungkan saya dengan perbuatan semacam itu, mereka bohong dan saya ajak (mereka) buktikan di hadapan Allah SWT.
“Jangan semberono. Saya sama sekali tidak tahu dan selepas mendengar peristiwa itu, saya terkejut,” katanya.
Beliau juga menasihati anak muda Islam menolak tindakan keras seumpama itu serta mengelak dari mudah mengkafirkan orang lain tanpa ada dalil dan alasan dalam Al-Quran.
“Kekerasan yang berlaku di Malaysia sama sekali bertentangan dengan Islam,” katanya.
Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, terkorban dalam serangan berdarah pada awal pagi Jumaat lalu.
Seorang lagi anggota, Koperal Mohd Hasif Roslan yang parah, kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Serangan di Balai Polis Ulu Tiram: 2 pelajar IPT dibebaskan tanpa syarat
- Hanya 7 individu kekal disiasat berhubung insiden serangan balai polis
- Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
- “Bapa mana yang tak sedih apabila anak terkorban dalam keadaan begini….”
- ‘Saya reda dengan ketentuan’ – Bapa Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq
- 15 tahun selepas Noordin Mohd Top disemadikan Jemaah Islamiyah muncul kembali di Ulu Tiram
- ‘Ami, terima kasih jadi anak yang baik’
- Polis tolak anggapan akan berlaku serangan di lokasi lain
- Suspek serang balai polis sudah buat persediaan awal – KPN
- Lelaki bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram