comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengarah agensi penguat kuasa lindungi sindiket seludup diesel, ditahan

Foto hiasan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah agensi penguatkuasaan di Kuching kerana dipercayai menerima rasuah daripada sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di Sibu.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an ditahan di Pejabat SPRM Sarawak kira-kira jam 6.20 petang tadi bagi dirakamkan keterangan.

“Suspek dipercayai telah menerima suapan daripada sindiket berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan dan undang-undang terhadap kegiatan penyeludupan minyak diesel di Sibu.

“Tangkapan ke atas suspek ini adalah susulan serbuan dilakukan Bahagian Operasi Khas SPRM menerusi Op Liter di sebuah depoh simpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu pada Ahad lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek bagaimanapun telah dilepaskan dengan jaminan SPRM dengan seorang penjamin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini