comscore
Tumpuan :
Nasional

Penganjuran bersama Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak

Sarawak berjaya menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024.

KUCHING: Penglibatan Sarawak sebagai penganjur bersama Sukan SEA 2027 boleh menaikkan imej negeri itu.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, walaupun kerajaan negeri perlu berbelanja besar, ia berbaloi kerana kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) 2024.

“Marilah kita terus mengangkat martabat sukan tanah air dan berusaha menjadi contoh terbaik dalam kerjasama dan semangat kesukanan.

“Semoga kejayaan ini menjadi motivasi kepada kita semua untuk terus menyokong pembangunan sukan di Malaysia, dan memastikan lebih banyak atlet Para kita berjaya di peringkat antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Para SUKMA 2024 di sini malam tadi.

Awang Tengah berkata, kerajaan dan sektor swasta boleh bekerjasama untuk memperkenalkan program sukan berprestasi tinggi dengan menumpukan kepada pengambilan dan latihan atlet muda Para yang berbakat untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Semoga kita semua terus berusaha untuk menjadikan sukan sebagai platform yang mengeratkan hubungan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang dan budaya,” katanya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini