KUCHING: Penganjuran pelbagai acara bertaraf antarabangsa termasuk Rainforest World Music Festival (RWMF) 2023 pada hujung Jun ini menjadikan kadar purata penginapan pelancong di hotel-hotel meningkat sehingga mencapai tahap maksimum.
Menteri Perlancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peningkatan itu satu pertanda baik yang menunjukkan sektor berkenaan mula berkembang selepas pembukaan sepenuhnya sempadan negara.
“Tetapi ini merupakan satu masalah yang bagus kerana ia menunjukkan industri ini sedang memulih dan saya sangat gembira melihatnya.
“Bagaimanapun saya berharap kita akan terus lebih baik dalam usaha untuk menambah jumlah bilik atau penginapan ini,” katanya
Beliau berkata demkian pada sidang media Majlis Aprsiasi penaja RMWF 2023 di sini.
Abdul Karim berkata, aspek penginapan sering menjadi cabaran apabila berlansungnya acara-acara bertaraf antarabangsa.
Bagaimanapun ia bukan satu masalah yang buruk sebaliknya membantu perkembangan hotel-hotel bertaraf 4 atau 5 bintang,
Pada masa sama, membolehkan kemunculan lebih banyak bentuk perkhidmatan penginapan lain termasuk inap desa.
Keadaan itu ujar beliau secara tidak langsung akan menarik kehadiran pelabur yang terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan terbabit di Sarawak.