Tumpuan :
Nasional

Penganjur himpunan aman digesa teliti akta – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media Pameran dan Sidang Kemuncak Antarabangsa Asia (AISSE25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

PUTRAJAYA: Penganjur perhimpunan aman digesa untuk meneliti dan mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA 2012) bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil pihak berkuasa.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata masing-masing peserta, penganjur dan polis perlu tahu peranan dan perkara itu digariskan dalam akta itu.

“Tanggungjawab polis umumnya untuk memudah cara, membantu tugas penganjur. Jadi tak patut ada rungutan umpamanya kenapa mesti lagi ada. Dia sudah “spell out” di situ.

“Manakala tanggungjawab peserta perhimpunan tak boleh bawa anak misalnya, bawa anak yang bawah umur itu menyalahi pula.

“Jadi jangan nanti kalau bawa (anak bawah umur) polis bertindak, dia kata mana kebebasan berhimpun sedangkan dalam akta itu jelas,” ujarnya ketika mengulas penganjuran perhimpunan antirasuah yang akan diadakan di ibu negara, Sabtu ini.

Justeru, pihaknya menggesa penganjur meneliti dengan balik apakah perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab mereka.

Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah diterajui mahasiswa bagi memupuk rasa benci terhadap rasuah dari peringkat remaja.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini