Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penganiayaan kucing: Tengku Permaisuri Selangor mahu pelaku dikenakan hukuman setimpal

 

 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Peningkatan kes haiwan terbiar khususnya kucing dizalimi dan terabai membimbangkan golongan pencinta haiwan negara ini.

Tidak terkecuali, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang begitu prihatin kepada permasalahan itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan wartawan Siti Khadijah Jaafar, baginda mengupas isu yang amat dekat di hatinya.

Kasih dan sayangnya Tengku Permaisuri Norashikin terhadap kucing cukup terserlah kerana baginda sendiri mempunyai lebih 40 ekor kucing peliharaan.

Nasib si bulus yang terabai dan kurang penjagaan sering mendapat perhatian baginda dan astinya setiap kali membaca kisah kucing yang dizalimi cukup menyentuh perasaan baginda.

“Pada abad ini, masih ada lagi masyarakat yang tidak berperikemanusiaan, yang tidak ada rasa simpati dan melakukan kekejaman dan sebagainya”.

Titah baginda yang juga penaung diraja kempen Stray Free Selangor, kendalian Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan, SPCA Selangor, sifat belas kasihan dan tanggungjawab perlu ada dalam diri setiap individu bagi memastikan perlindungan dapat diberikan kepada haiwan peliharaan mahupun yang terbiar.

Baginda turut menyeru pihak berkuasa memperkasakan peruntukan undang-undang sedia ada supaya individu terlibat dikenakan hukuman setimpal.

“Saya rasa jika ia tidak dibendung perkara ini akan terus berlaku dan pelaku-pelaku ini sepatutnya harus mendapat balasan yang setimpal supaya orang lain pun akan takut untuk melakukan perkara yang sama dan juga saya rasa untuk haiwan-haiwan yang terabai normally saya lihat pet owners yang terlalu banyak menjaga haiwan mereka dah tak lagi mampu melakukan demikian jadi haiwan mereka terabai”.

Baginda turut menyarankan kucing peliharaan dikembirikan bagi mengawal populasi.

Ia sekaligus memudahkan pemilik mengawal kucing mereka dan pada masa sama memelihara kawasan kejiranan.

Baginda berharap lebih banyak Pusat Perlindungan Haiwan melaksanakan prosedur holistik bagi memastikan hanya yang layak dibenar untuk mengambil haiwan untuk dipelihara.

“Ada pihak NGO yang mana mereka ini melakukan prosedur-prosedur tertentu sebelum haiwan-haiwan ini diberi kepada keluarga angkat di mana mereka harus melakukan background check to all the adopters mereka harus melakukan background check to all the adopters and dia orang juga melakukan home try.home try ni mereka bawa kucing-kucing ini kepada tempat-tempat yang akan diadopt dan untuk melihat kesesuaian kucing itu so kalau kucing itu tak bersesuaian dan dia akan pulangkan balik kpd cat giver”.

Titah baginda, penduduk dan pihak berkuasa tempatan, PBT perlu mencontohi keprihatinan terhadap haiwan di negara seperti Turkiye.

“Bagaimana mereka boleh educate their people to have that compassion towards animal macamana mereka boleh menyediakan tempat-tempat ataupun feeding station for their animals macamana dia boleh keep the animals to know dia punya jadual vet mereka.Saya rasa itu patut dicontohi”.

Meskipun aktivis haiwan menyelamatkan ribuan kucing jalanan setiap tahun,hakikatnya ribuan lagi masih didera dan diabaikan.

Sebarang aduan berhubung pengabaian haiwan boleh laporkan pada emel dan nombor Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerusi emel: [email protected]; ataupun Whatsapp: 019-2242233 dan telefon : 03-88702000.

Loading...
Terkini