comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan – PM

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengesahkan Lembaga Pengampunan sudah membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan  Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut mengenainya.

“Sudah ada kepastian, tunggu pengumuman Lembaga Pengampunan,” katanya.

Pada Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta keatas Datuk Seri Najib kerana kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, Datuk Seri Najib memohon untuk mendapatkan pengampunan daripada Lembaga Pengampunan. 

Badan itu mengadakan mesyuarat pada Isnin lalu dan dilaporkan membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini