comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Peneroka maut, isteri cedera kemalangan dengan lori pasir 

KOTA TINGGI: Seorang peneroka Felda maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Toyota Vios dan lori pasir berhampiran pejabat Lembaga Getah Malaysia, Jalan Kota Tinggi-Mawai di sini pagi tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Sadiran Kario, 72, yang menetap di Felda Simpang Waha difahamkan dalam perjalanan menuju ke klinik di bandar Kota Tinggi ditemani isterinya, Sarinam Jalil, 71.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Rafi Mohd. Nor berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan tentang kemalangan itu menerusi talian MERS 999 pada pukul 11.06 pagi.

“Kemalangan melibatkan tiga kenderaan dengan pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Myvi telah tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa wanita yang cedera telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Ekoran itu pihak bomba bertindak mengeluarkan pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas. Setelah dibuat pemeriksaan oleh pembantu pegawai perubatan, mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nahas turut menyebabkan pemandu Toyota Vios, 39, mengalami kecederaan.

Pemandu lori berusia 59 tahun juga terselamat.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital .

Manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini