Tumpuan :
Nasional

Penerbangan ihsan bawa warga emas orang asli dapatkan rawatan

Foto: NSTP

GUA MUSANG: Seorang warga emas Orang Asli dari Kampung Tapai, Pos Hau dibawa untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Gua Musang (HGM) di sini, semalam dengan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Pesakit, Taran Alig, 70, diiringi anaknya, Ruzita Alang, 43, mengalami demam, batuk dan lelah terpaksa diusung ke pesawat untuk dihantar ke hospital.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Udara Wilayah Utara, Pulau Pinang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Akmaluddin Said berkata, pesakit bersama pengiring dibawa menaiki Agusta Westland 139 (AW 139).

Foto: NSTP

“Pesakit terpaksa diusung menggunakan pengusung kerana tidak boleh berjalan dan duduk.”Pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Utara jam 10.25 pagi dan sampai di Kampung Tapai 11.50 pagi.

“Selepas mengambil pesakit, pesawat berlepas dari Pos Hau pada 12.03 tengah hari dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang 12.19 tengah hari.

Pesakit di bawa ke HGM menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut beliau, operasi itu membabitkan lima kru diketuai Timbalan Penguasa Bomba II Sharizal Sahari yang mengambil masa dua jam 54 minit.

“Alhamdulillah pesawat selamat tiba di Pangkalan Udara Wilayah Utara pada jam 1.20 petang,” katanya.

Loading...
Terkini