Tumpuan :
Nasional

Penemuan mayat reput: Polis masih tunggu laporan analisa DNA dari Jabatan Kimia

Kawasan perangkap sampah di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat yang menjadi lokasi penemuan mayat.

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Polis sedang menunggu laporan Jabatan Kimia bagi mengetahui keputusan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) mayat reput yang ditemui dalam sungai di Banting, 28 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, keputusan itu dijangka diperoleh selewatnya hari ini bagi mengenal pasti identiti mayat berkenaan.

“Kami pun tengah tunggu keputusan dari Jabatan Kimia, nanti saya maklumkan. Ketua Polis Selangor pun akan keluarkan kenyataan nanti, katanya kepada Buletin TV3.

Penemuan mayat reput di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor Sabtu lalu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang remaja perempuan Yap Xin Yuan ,15, baru-baru ini.

Mangsa dilaporkan hilang pada 19 Disember lalu apabila tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras.

Kali terakhir dia dilihat di gelanggang bola keranjang di Batu 11, dengan berpakaian baju tarian singa berwarna merah.

Sementara itu bapa mangsa, Yap Yen Yau menerusi aplikasi Whatsapp memaklumkan, keluarganya sedang menantikan perkembangan lanjut dari polis dan mayat juga masih belum dituntut.

Terdahulu polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan itu bagi membantu siasatan.

Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang juga telah mengklasifikasikan siasatan kes daripada orang hilang kepada siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini