comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penemuan mayat bayi, polis tahan amah warga Indonesia

 

KANGAR: Polis menahan pembantu rumah warga Indonesia bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi lelaki di belakang rumah di Taman Mutiara, di sini, 10.30 pagi, 30 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Baeyah Abdul Wahab berkata, bayi malang itu ditemui tertanam pada kedalaman 5 inci, di tepi pokok mempelam, di kawasan terbuka belakang rumah.

Keadaan bayi ketika ditemui masih bertali pusat dan beruri, namun telah berulat.

Lokasi mayat bayi lelaki dipercayai ditemui ditanam berhampiran pokok di belakang rumah. – Foto: NSTP

“Pengadu ini dia yang jumpa dia terbau bau busuk belakang rumah so bila dia keluar tengok ada kesan tanah and then dia tengok ada mayat bayi yang ditanam di belakang rumah dia… so, belakang rumah jiran dia,” kata Baeyah.

Turut ditemui di lokasi, adalah kesan tapak tangan suspek di bahagian pagar rumah.

Berikutan itu, polis bertindak menahan amah warga Indonesia berusia 28 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut polis, amah terbabit mula bekerja di Perlis sejak Mei tahun lalu dan telah mempunyai dua orang anak yang dijaga bekas mertuanya di Indonesia.

Dia didapati melahirkan bayi berusia 32 minggu itu pada 20 Disember lepas namun bertindak ‘mengebumikan’ mangsa pada 6.30 pagi keesokan harinya, selepas didapati tidak lagi bernyawa.

Ketika kejadian, amah terbabit tinggal berseorangan selepas majikannya, yang juga pasangan suami isteri ke ibu negara atas urusan kerja.

Mayat bayi itu telah dihantar ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar bagi proses bedah siasat.

Difahamkan, tiada sebarang kecederaan luaran namun organ dalaman telah mengalami kesan pereputan.

Suspek telah dibawa menerima rawatan di hospital dan kini menjalani tempoh reman sehingga 5 Januari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Loading...
Terkini