Oleh: Ing Boon Seng
KLANG: “Saya terdengar dentuman kuat dan suruh anak keluar tengok apa yang berlaku. Rupa-rupanya ada serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah.”
Salah seorang penduduk di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor, Hazhar Ramli, 48, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Dia kemudian menyuruh anaknya keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum dimaklumkan ada serpihan pesawat ringan terjatuh di belakang rumahnya.
Tambahnya, kumpulan WhatsApp penduduk kampung kemudian turut berkongsi insiden yang berlaku.
“Saya terdengar dentuman kuat dan suruh anak keluar tengok apa yang berlaku. Rupa-rupanya ada serpihan sayap dan tayar pesawat terjatuh belakang rumah”. pic.twitter.com/mQuSMu15IN
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 13, 2024
Serpihan pesawat ringan itu katanya jatuh di beberapa kawasan termasuk kebun dalam radius 3 hingga 4 kilometer.
Jelasnya, tidak lama kemudian dia terdengar bunyi siren bomba dan ambulans di kawasan kampung tersebut.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 tengah hari.
Operasi mencari dan menyelamat juruterbang pesawat ringan itu masih dijalankan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.