Tumpuan :
Nasional

Penduduk Pengkalan Maras bimbang hakisan semakin teruk

Hakisan pantai  di Kampung Pengkalan Maras menyebabkan ada penduduk terpaksa berpindah ke kampung lain.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

KUALA NERUS: Lebih 50 penduduk membabitkan 10 rumah dan 3 kedai makan di Kampung Pengkalan Maras di Kuala Nerus, bimbang berikutan hakisan pantai yang berlaku semakin teruk.

Masalah itu berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu yang mengakibatkan beberapa rumah penduduk dan kedai makan hilang dibawa ombak.

Hakisan pantai di kampung tersebut menyebabkan ada penduduk yang terpaksa berpindah ke kampung lain dengan kawasan hakisan membabitkan lebih 1 kilometer sepanjang tempoh itu.

Menurut peniaga kedai makan, Maria Muhamad,47, kejadian hakisan tanah tahun ini adalah yang paling teruk sejak dia memulakan perniagaan 12 tahun lalu.

Hakisan pantai  di Kampung Pengkalan Maras menyebabkan ada penduduk terpaksa berpindah ke kampung lain.

Akibat hakisan ombak dia terpaksa menutup perniagaannya.

Katanya lagi, kedainya kini hanya menunggu masa dibawa ombak ke laut.

“Hal ni bermula pada 24 haribulan 10 masa cuaca masih baik dan tiada ombak besar, saya berniaga seperti biasa jam 7 petang tutup kedai dan keesokan hari orang kampung bagitahu kerusi meja dah ke dalam laut, bermula dari tarikh tu lah sikit-sikit sampai hari ni lah”, katanya.

Seorang lagi peniaga, Mazlan Abdullah berkata, masalah hakisan turut menyebabkan sumber rezeki beliau terjejas.

“Perasaan saya sedihlah, memang dah tidak boleh berbuat apa-apa, kalau kedai dibadai ombak dan tenggelam ke laut di mana pula saya nak mencari rezeki selepas ini,” ujarnya.

Hakisan pantai  di Kampung Pengkalan Maras menyebabkan ada penduduk terpaksa berpindah ke kampung lain.

Selain kedai makan, rumah penduduk dan sebuah surau yang masih digunakan oleh penduduk untuk solat berjemaah turut diancam hakisan.

Penduduk bimbang sekiranya masalah hakisan tidak diatasi segera, keadaan akan menjadi bertambah buruk yang berkemungkinan menyebabkan mereka kehilangan harta benda mahupun nyawa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini