comscore
Tumpuan :
Nasional

Penduduk Orang Asli lintang pukang selamatkan diri kerana dikejar gajah

FOTO: NSTP

LIPIS: Penduduk orang asli lintang pukang menyelamatkan diri bersama keluarga apabila dikejar gajah liar yang terlihat cahaya lampu suluh di Kampung Gening Dua dan Kampung Bandar, Pos Betau dekat sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.00 pagi apabila penduduk Orang Asli kaum Semai sedar kemunculan kehadiran sekumpulan gajah yang masuk ke kampung itu.

Penduduk Kampung Gening, Bah Linsaka/l Selek, 45, berkata, kejadian itu amat menakutkan kerana kemunculan kumpulan gajah kali sangat ganas dengan menghampiri kebun dan kediaman mereka ketika sedang tidur nyenyak di tengah malam.

“Apabila ada penduduk tersedar akan kehadiran haiwan itu, terus menjerit segera untuk penduduk lain bangun dan memaklumkan untuk menyelamatkan diri masing-masing.

“Terdapat tanaman pisang bersebelahan kediaman kami dirosakkan haiwan itu dengan melibas dengan belalai sehingga rumah kami turut rosak teruk, manakala pakaian dan peralatan dapur berselerakan di tanah,” katanya.

“Ketika kami sedar dari tidur, kami lihat sekumpulan gajah liar telah mematahkan tanaman pisang bersebelahan kediaman dan kemudiannnya terus melibas belalainya sehingga rumah kami rosak teruk, manakala pakaian dan peralatan dapur berserakan di tanah,” katanya.

Katanya, tujuh buah rumah rosak teruk dan berpuluh tanaman pisang milik penduduk di situ musnah oleh kumpulan gajah yang muncul dipercayai sebanyak 13 ekor.

Sebelum ini, kumpulan gajah liar menyerang Kampung Simoi Baru, Simoi lama dan beberapa kampung berdekatan telah meragut 2 nyawa.

Loading...
Terkini