comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran Flat Sri Sabah – Bomba

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kebakaran enam unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras kelmarin berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, JBPM Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, masalah itu dikesan berlaku di unit nombor tiga tingkat 17.

Foto: NSTP

“Bahagian forensik JBPM Kuala Lumpur telahpun membuat siasatan dan mengenalpasti punca kebakaran. Telah kita kenalpasti bahawa kebakaran bermula di unit nombor 3 dan hasil sama dengan siasatan memang difahamkan semasa kebakaran unit tersebut ditutup di pintu depan dan belakang jadi dari segi maklumat awal pihak public mengatakan kebakaran disebabkan bunga api dan benda lain tu adalah tidak benarlah”, katanya pada sidang media di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sri Cheras di sini hari ini.

Siasatan forensik juga mengesahkan 90 peratus punca disebabkan oleh ‘distribution board’ DB di unit berkenaan sebelum merebak ke unit lain.

Dalam perkembangan sama beliau turut menafikan dakwaan penduduk yang megatakan pili bomba di lokasi itu bermasalah sehingga menyebabkan kelewatan untuk memadam kebakaran.

Sebaliknya penduduk terlibat tidak mempunyai pengetahuan untuk menguruskan alat bantuan mula.

“Kita telah dapat pengesahan ianya bukan pili bomba ia merupakan alat bantuan mula. Semasa kebakaran bermula dia dah usaha untuk memadam kebakaran menggunakan alat itu tapi tak boleh guna. Didapati di tempat lokasi alat tersebut ,dia cuba buka bab yang lain.

“Bab yang bukan untuk alat itu. Kita dah dapat pengesahan daripada pengadu dan bawa ke lokasi kejadian,” katanya.

Kesemua pili bomba di kawasan itu juga tambah beliau berfungsi dan berada dalam keadaan baik.

Loading...
Terkini