KUALA LUMPUR: “Elmina akan beri perasaan berbeza kepada saya selepas ini”
Itu luahan seorang juruterbang memuat naik satu video di aplikasi TikTok ditujukan khusus untuk tragedi Elmina yang meragut 10 nyawa Khamis lalu.
Menerusi rakaman berdurasi dua minit itu, juruterbang yang dikenali dengan nama MrTurboProp memaparkan beliau sedang mengendalikan pesawat di laluan sama digunakan jet yang terbabit dalam nahas sebelum ini.
"Elmina akan beri perasaan berbeza kepada saya selepas ini".
Itu luahan seorang juruterbang memuat naik satu video di aplikasi TikTok ditujukan khusus untuk tragedi Elmina yang meragut 10 nyawa Khamis lalu.
Sumber: mrturboprop / Tiktok pic.twitter.com/bKOpWssG9Q
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 20, 2023
“Taman Elmina ini exactly (betul-betul) di bawah landing path (laluan pendaratan) Subang. Lebih kurang 3.5 batu nautika dari landasan.
“Sekiranya landing (pendaratan) dilakukan pada waktu petang, (juruterbang) pasti boleh lihat orang beriadah di situ.
“Harap kita akan mendapat penyelesaian membabitkan nahas ini, tidak lama lagi. Pendaratan ini khas untuk anda semua (mangsa nahas). Al-Fatihah,” katanya.
Video berkenaan mendapat ribuan komen serta pelbagai reaksi daripada orang ramai.