comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendakwah jemputan: Badan penyiaran perlu berhubung dengan JAKIM dan YADIM

KUALA LUMPUR: Badan penyiaran di negara ini perlu berhubung dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebelum membuat keputusan untuk menjemput mana-mana pendakwah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata penyelasan perlu dibuat kerana ia melibatkan kepentingan agama.

“Walaupun kita beri ruang pada semua, bila melibatkan agama saya rasa perlu ada sedikit penyelarasan dengan pihak JAKIM dan YADIM, jadi saya meminta semua penyiar untuk mengadakan perbincangan dengan JAKIM dan YADIM untuk penyelarasan tersebut.”

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan pembukaan pasar raya Mydin Mart di Lembah Pantai ibu negara, hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika merasmikan pembukaan pasar raya Mydin Mart di Lembah Pantai ibu negara, hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilaporkan kecewa dan marah dengan sikap pendakwah bebas, Don Daniyal Don Biyajid yang seolah-olah tidak serik walaupun sudah ditegur berulang kali agar berhati-hati dalam percakapannya.

Bagaimanapun, pendakwah itu kemudiannya menyatakan bahawa berlaku salah faham apabila perkongsiannya dimanipulasi, sehingga digugurkan daripada mengendalikan program terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini