comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendaki wanita meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan

Foto hiasan

JERANTUT: Seorang pendaki wanita berusia 52 tahun meninggal dunia di Gunung Reskit, Kuala Tahan, pagi ini, selepas dikatakan sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, wanita itu mengikuti program pendakian gunung berkenaan pada 1 Februari lalu.

Katanya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Jerantut menerima panggilan dari Ketua Balai Polis Merapoh pada jam 12.45 tengah hari tadi, memaklumkan ada kematian membabitkan seorang pendaki gunung ketika mendaki Gunung Reskit.

“Ketika pendakian, mangsa mengalami sesak nafas dan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi ini,” katanya.

Arahan pengurusan untuk membawa keluar mayat sedang diatur.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini