Tumpuan :
Nasional

Pendaki Taiwan cedera ketika turun Gunung Kinabalu diselamatkan

Foto Ihsan Bomba

RANAU: Cuaca sejuk tidak menghalang Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) untuk membawa turun seorang pendaki yang cedera ketika menuruni Gunung Kinabalu, hari ini.

Mangsa lelaki warga Taiwan berusia 44 tahun yang cedera di bahagian kaki dibawa turun dari Kilometer 8.4 Summit Trail, Gunung Kinabalu ke Timpohon Gate.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan tujuh anggota PBB MOSAR bersama enam Malim Gunung dikerah ke lokasi kejadian sebelum tiba jam 6.45 pagi.

“Mangsa dilaporkan terseliuh di bahagian buku lali kaki kiri dan tidak dapat menuruskan pendakian.

“Pasukan MOSAR bersama Malim Gunung bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menuruni, mangsa seterusnya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah Robinson Stretcher.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate jam kira-kira 3 petang, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.04 petang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini