Tumpuan :
Nasional

Pendaki patah kaki di Gunung Tahan diselamatkan bomba

FOTO : NSTP

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pendaki Gunung Tahan yang patah kaki kanan untuk menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM), di sini, semalam.

Pesakit, Islahudian Abd Rahim, 41, dibawa menaiki pesawat Agusta Agusta Westland 139 (AW139) untuk menerima lanjut di HGM.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman, berkata pesawat berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang, Selangor pada jam 4.20 petang.

 

“Pesawat AW139 tiba di puncak Gunung Tahan untuk mengambil pesakit pada jam 5.20 petang. Pesakit dipercayai menaiki Gunung Tahan berkumpulan seramai empat orang yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan.

“Mereka menaiki gunung melalui Merapoh dan dijangka turun melalui Gunung Tahan, namun apabila sampai di laluan menurun di Gedong, mangsa didapati patah kaki kanan dan sukar untuk berjalan.

“Mangsa dibawa ke puncak Gunung Tahan untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan dari udara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi itu diketuai Penguasa Bomba Mohd Zukhairee Zabidi bersama empat lagi kru.

Loading...
Terkini