Tumpuan :
Nasional

Pendaki hilang lebih 12 jam di Gunung Yong Yap ditemui selamat

Ilhami Mohd Idris

SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki yang hilang ketika mendaki Gunung Yong Yap di sini semalam ditemui selamat.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Ilhami Mohd Idris, 22, antara 17 pendaki yang mendaki gunung itu melalui Pos Kuala Mu.

“Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 11.42 malam kelmarin mengenai kejadian itu.

“Ketua kumpulan itu menyedari mangsa hilang ketika melakukan kiraan sebelum turun di tapak perkhemahan Sungai Chinak kira-kira jam 6 petang,” katanya.

Beliau berkata, kumpulan itu bersama lima renjer melakukan pencarian sehingga ke puncak Gunung Yong Yap tetapi gagal menemui mangsa.

“Ketua kumpulan dan 15 peserta membuat laporan di Balai Polis Sungai Siput kira-kira jam 10.03 malam.

“Kami mula mencari mangsa kira-kira jam 7.30 pagi hari ini dan berjaya menemuinya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini