comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendaki Gunung Tahan pengsan dihempap pokok tumbang

Foto hiasan

JERANTUT: Seorang pendaki Gunung Tahan pengesan dan cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang tidur di kawasan berkenaan, dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintendan Zukri Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di Kem Seputih, berhampiran Gunung Rajah, Kuala Tahan.

Katanya, Wan Nurulhuda Mior Abdullah, 49, yang cedera di pinggul sedang mengikuti ekspedisi pendakian sejak 7 Oktober lalu dan dijadualkan turun semalam.

“Bilik Gerakan Jerantut Ibu Pejabat Polis Jerantut menerima maklumat berkaitan kejadian daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan mengenai kejadian itu.

“Maklumat daripada Jabatan Perhutanan dan Hidupan Liar Taman Negara (PERHILITAN ) Kuala Tahan turut memaklumkan pendakian itu disertai seramai 10 orang dengan bantuan Malim Gunung Mainol Azian,” katanya di sini, hari ini.

Zukri berkata bantuan helikopter penyelamat sudah dimaklumkan melalui semboyan untuk bantuan kepada Unit PGU PDRM pada jam 1 tengah hari tadi bagi membantu membawa turun Wan Nurulhuda.

“Arahan kepada pasukan penyelamat melalui jalan darat turut diwujudkan jika bantuan unit udara tidak diperolehi. Pasukan penyelamat dan mencari (SAR) juga sudah bersiap sedia di Kuala Tahan.

“Bantuan mengikut perjalanan darat akan mengambil masa selama dua hari manakala tempoh berjalan kaki mengambil masa kira-kira 11 jam untuk sampai ke lokasi,” katanya.

Zukri berkata seramai 14 anggota penyelamat terbabit dalam operasi berkenaan termasuk dua daripada PDRM, JBPM (4), Perhilitan (4) dan JPAM (4).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini