comscore
Tumpuan :
Nasional

Penceroboh rumah Nabil didenda RM3,000

REMBAU: Gara-gara sengaja menceroboh rumah pelakon dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali Nabil, seorang penganggur didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31 mengaku bersalah melakukan perbuatan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit pada jam 7.50 malam, 4 Januari 2022 bertempat di Kampung Senama Tengah, Rembau.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Majistret turut memerintahkan Fadzril dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh masuk ke dalam rumah mangsa secara menolak pintu dengan kuat, makan, berehat dan tidur di dalam rumah berkenaan.

Perbuatan itu disedari adik kepada Nabil yang ditugaskan menjaga kediaman terbabit selepas mendapat maklumat kediaman berkenaan diceroboh.

Pemeriksaan menjumpai sehelai baju t-shirt, tiga helai seluar tracksuit dan sepasang kasut selain turut ditemui MyKad milik tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Loading...
Terkini