Tumpuan :
Nasional

Pencemaran Sungai Semangar disebabkan stor penyimpanan keladak sawit

Pegawai JAS menjalankan pemeriksaan di sebuah stor yang didapati menyumbang pencemaran Sungai Semangar, Kota Tinggi, semalam. – Foto ihsan JAS

JOHOR BAHRU: Pencemaran Sungai Semangar di Kota Tinggi di sini, didapati berpunca daripada sebuah premis menjalankan aktiviti stor penyimpanan keladak sawit.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd Famey Yusoff, berkata, unit aduan dan kontigensi dan pasukan penguatkuasa (Johor Bahru Barat) menjalankan siasatan di lokasi setelah menerima aduan berkenaan.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan semalam mendapati aduan adalah berasas.

Siasatan dijalankan dengan menyusuri anak sungai sebelum pihaknya mengesan premis yang menyumbang kepada pencemaran sungai berkenaan.

“Pencemaran berlaku antara dua atau tiga hari lalu. Tindakan diambil serta-merta termasuk mengkehendaki premis menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan segera.

“JAS ingin menyeru kepada semua pihak agar tidak melakukan perbuatan yang menyumbang kepada pencemaran air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

JAS Johor berharap orang ramai dapat melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau menerusie-aduan di [email protected] – Berita Harian

Loading...
Terkini