comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencemaran bau: SK Kampung Maju Jaya masih ditutup

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya di sini masih ditutup hari ini susulan pencemaran bau disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan semalam.

Tinjauan TV3 di sekolah berkenaan pagi ini mendapati tiada murid hadir pada sesi pagi persekolahan hari ini.

Tinjauan di Sungai Tebrau yang terletak bersebelahan dengan sekolah mendapati masih terdapat pencemaran bau di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun bau berkenaan tidak sekuat semalam berikutan hujan lebat di kawasan berkenaan sejak petang semalam.

Sungai Tebrau yang terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya disyaki punca pencemaran bau sejak semalam.

Terdahulu media melaporkan sekolah berkenaan ditutup susulan 21 muridnya mengalami gejala ringan akibat terhidu pencemaran disyaki bahan kimia di kawasan berkenaan.

Exco Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Aznan Tamin berkata penutupan sekolah membabitkan 1,024 murid dan 64 guru dilakukan jam 1 petahg semalam sehingga tempoh yang akan diumumkan Kementerian Pendidikan.

Langkah itu diambil bagi membendung masalah lebih serius yang boleh menjejaskan tahap kesihatan murid dan guru.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini