comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencemaran bau di beberapa kawasan di Johor Bahru, dipercayai akibat bahan kimia

FOTO: Ihsan JBPM Johor

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor sedang menyiasat punca pencemaran bau dipercayai bahan kimia di Jalan Sagu, Taman Daya dekat sini awal pagi tadi.

Siasatan awal mendapati pencemaran bau itu turut membabitkan kawasan Taman Mount Austin dan Taman Istimewa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBPM Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung pencemaran itu pada jam 1.30 pagi.

FOTO: Ihsan JBPM Johor

Susulan itu dua jentera bomba bersama 19 anggota dari Balai Tebrau dan sepasukan anggota dari unit menangani pencemaran bahan kimia HAZMAT dari Balai Bomba Larkin dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, Khairul Azhar Abd Aziz.

“Pasukan HAZMAT sedang membuat pemantauan menyeluruh dan bacaan udara menggunakan gas detector hingga kini usaha mengesan punca sedang giat dijalankan dan tahap ancaman terhadap kesihatan juga belum dapat dipastikan lagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini