comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencarian kanak-kanak hilang jatuh sungai diperluas hingga 10 km

HULU SELANGOR: Kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa, 7 tahun yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini diperluaskan sehingga 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, SAR yang memasuki hari kedua itu dilaksanakan sehingga jam 11 malam tadi dan akan disambung jam 7 pagi esok.

“Terdahulu, operasi dilakukan secara ‘water surface searching’ menyusur ke hilir sungai sehingga ke jambatan Batang Kali dengan jarak tiga kilometer.

“Pada jam 2 petang tadi, pencarian diperluaskan dan anggota penyelamat dipecahkan kepada dua pasukan bersama lima bot berserta pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menyusuri Sungai Selangor.

“Pemantauan juga dibuat di perangkap sampah bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dan Bestari Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Mohamadul Ehsan berkata, kekuatan pegawai dan anggota bertugas ketika ini adalah seramai 15 orang termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Turut terbabit, sepasukan empat anggota Unit K9 bersama dua anjing pengesan.

Loading...
Terkini