Tumpuan :
Nasional

Pencabul kanak-kanak di masjid sudah ditahan polis

Remaja lelaki yang disyaki terbabit dengan kes cubaan rogol dalam masjid di Batang Kali awal pagi tadi sudah ditahan polis.

HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun sudah ditahan polis bagi membantu siasatan kes cabul kanak-kanak dalam sebuah masjid dekat Batang Kali awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata terdahulu pihaknya menerima laporan berhubung video yang tular kejadian itu di media sosial pada jam 8.19 pagi.

“Suspek berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan. Dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini