PETALING JAYA: Penampilan terbaharu Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang bertudung sewaktu berangkat ke Majlis Perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam mencuri perhatian.
Menerusi instagram Selangor Royal Official, orang ramai meninggalkan komen memuji kecantikan baginda yang kelihatan manis dengan penampilan baharu tersebut.
Pelakon Nur Fazura antara salah seorang yang meninggalkan komen memuji kecantikan baginda.
“Masya-Allah, masya-Allah cantik my TPS (Tengku Permaisuri Selangor)” katanya.
Terdahulu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini.