TANGKAK: Seorang penagih dadah yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah di sini, hari ini, meloloskan diri.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi Buletin TV3, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang memburu penagih terbabit.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang mungkin ada kaitan dengan penagih itu.
Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenalpasti bagaimana penagih terbabit boleh meloloskan diri.
Satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.