Tumpuan :
Nasional

Pemuliharaan bangunan warisan, bersejarah perkukuh identiti nasional – PM

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

KUALA LUMPUR: Usaha pemuliharaan bangunan warisan, bersejarah bertepatan dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh identiti nasional dan memperkayakan pengalaman pelancong serta masyarakat tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian setelah diberi penerangan berhubung status semasa kerja pemuliharaan Bangunan Carcosa Seri Negara dan Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad.

FOTO: Anwar Ibrahim/ Facebook

Ia adalah hasil inisiatif Khazanah Nasional Berhad.

“Penerangan melalui ‘gallery board walk’ ini antara lain memaparkan gambaran terkini projek yang sedang dijalankan yakni sebahagian daripada inisiatif Khazanah untuk memulihara dan memberi nafas baru kepada bangunan-bangunan warisan negara.

“Saya percaya, usaha ini adalah untuk memastikan bangunan bersejarah ini bukan sahaja dikekalkan tetapi turut dimajukan sebagai pusat kebudayaan dan ekonomi yang mampan serta boleh diakses oleh semua,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini