comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda didakwa hilang sebenarnya lari daripada pemungut hutang

KUALA LUMPUR: Pemuda yang didakwa hilang empat hari ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum ditemui selamat, sebenarnya menyembunyikan diri daripada pemungut hutang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi memberikan keterangan, semalam.

“Pemeriksaan mendapati mangsa dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kejadian berlaku ke atas dirinya.

“Sebenarnya dia melarikan diri atau menyembunyikan diri daripada pemungut hutang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan, polis meminta lelaki yang didakwa hilang sejak 3 Oktober lalu ketika membuat urusan penjualan telefon bimbit sebelum dijumpai selamat, supaya tampil untuk membantu siasatan lanjut.

Hussein dilaporkan berkata, polis berusaha berhubung dengan mangsa untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.

Terdahulu, lelaki itu dikatakan diselamatkan pemandu lori sebelum kembali kepada keluarganya, kelmarin.

Dia dikatakan kali terakhir dikesan berada di George Town, Pulau Pinang, selepas dikatakan sempat membuat panggilan video dengan tunangnya untuk meminta tolong.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini