comscore
Tumpuan :
Nasional

Pempengaruh TikTok menang di DUN Ijok

KUALA SELANGOR: Pempengaruh TikTok, Jefri Mejan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada Pilihan Raya Negeri (PRN), sebentar tadi.

Dengan memperoleh majoriti 907 undi, calon Perikatan Nasional (PN) itu meraih sebanyak 12,178 undi mengalahkan lawannya dari calon Pakatan Harapan (PH), Amidi Abdul Manan (11,271 undi) dan calon BEBAS, CK Tan (194 undi).

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), kerusi itu dimenangi bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperoleh undi 7,196 undi.

Selepas itu, pada PRU13 dan PRU14 pula kerusi itu dimenangi Dr Idris Ahmad dari PH.

Bagaimanapun, pada PRN ini beliau tidak dicalonkan.

Untuk rekod, DUN Ijok mempunyai seramai 30,662 pengundi.

Loading...
Terkini