Tumpuan :
Nasional

Pempengaruh antara 11 individu ditahan terbabit rusuhan perlawanan tinju

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pempengaruh antara 11 individu yang ditahan dalam insiden rusuhan ketika perlawanan tinju bertempat di sebuah restoran, di ibu negara, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pada 12.45 tengah malam, 26 Februari lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima satu laporan polis berhubung kejadian rusuhan berkenaan.

“Kesemua mereka direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Februari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

“Tindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini