comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemotong rumput rentung akibat mesin terbakar

Oleh: Selwam Arjunan

ARAU: Seorang pemotong rumput rentung dipercayai disambar api setelah mesin pemotong rumputnya terbakar di Jalan Jejawi, di sini, tiga hari lepas.

Mayat mangsa ditemui orang awam di halaman sebuah rumah, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Supritenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbakar di halaman rumah pada jam 6.33 petang.

“Pemeriksaan di lokasi mendapati keadaan fizikal si mati dalam keadaan terbaring, terlentang dan terbakar serta mula mengembung.

“Si mati dipercayai seorang pemotong rumput upahan dan disyaki telah terbakar akibat daripada mesin rumput yang terbakar dan telah menyambar pada tubuh si mati.

“Rumah tersebut menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah yang dapat dikesan serta tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh si mati.

“Anggaran tempoh kematian si mati adalah lebih kurang tiga hari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, identiti mangsa masih sedang dikenal pasti.

Mayat akan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini