Tumpuan :
Nasional

Pemindahan operasi Media Prima dalam masa singkat pencapaian mengagumkan – Fahmi Fadzil

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan pemindahan operasi Media Prima ke Bangsar dalam masa singkat merupakan satu pencapaian yang mengagumkan.

Beliau dalam masa sama menyedari lokasi itu kini menjadi kawasan yang penting dalam dunia penyiaran.

“Saya sangat teruja dan jujurnya kagum dengan pencapaian dan kejayaan Media Prima untuk pindahkan hampir keseluruhan operasi dalam tempoh singkat bermula 21 Oktober lalu.

“Saya lihat tidak berlaku isu besar (masalah), kita sedar pusat-pusat seperti balai berita ini adalah kawasan terlarang kerana ia adalah tempat stesen penyiaran beroperasi.

“Secara keseluruhan saya sangat kagum dan dan ucapkan tahniah kepada semua pasukan atas kejayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir mengunjungi Balai Berita Bangsar, hari ini.

Terdahulu, beliau turut meluangkan masa melawat kesemua studio bilik berita melibatkan stesen TV3, TV9, dan juga 8TV.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studio, Nini Yusof.

Antara lain turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Jasbant Singh, Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan Media Prima, Farrah Naz Abd Karim, Pengarang Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB, Kamaruddin Mape dan Timbalannya Azhari Muhidin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini