
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin UMNO dilihat tiba di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti jam 8.30 malam ini.
Antara yang hadir ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dalam sidang medianya memaklumkan, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Persidangan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).